CAKAPLAH apa sekalipun, penyerang handalan Harimau Malaya, Safee Sali tetap menyambung kontraknya bersama kelab Pelita Jaya selama dua tahun berkuatkuasa hari ini.
Perkara ini disahkan sendiri pengurus peribadi Safee di Indonesia, Zakaria Abdul Rahim.
Pengumuman rasmi itu sekali gus menamatkan spekulasi beberapa pasukan tempatan yang turut mahukan khidmatnya serta dikaitkan dengan kelab di Eropah.
“Keputusan Safee untuk kekal di Pelita Jaya adalah berdasarkan faktor umur. Lagipun peluang dia bermain dalam pasukan utama Pelita lebih cerah dan mampu meningkatkan lagi tahap permainannya berbanding jika dia mewakili kelab lain.
“Mungkin dia hanya diletakkan dalam bangku simpanan atau lebih buruk lagi, diletakkan di pasukan liga simpanan kelab,” katanya mengakui Safee menerima lebih RM2 juta selama dua tahun (USD30,000 sebulan) termasuk pelbagai kemudahan seperti bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi, cukai dibayar kelab dan tiket pergi balik ke Kuala Lumpur yang disediakan kelab dan penghormatan sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.
Dalam pada itu, Safee bersedia menyarung jersi kebangsaan selagi khidmatnya diperlukan.
Difahamkan, Safee juga mendapat tawaran dari pemilik Cardiff City FC tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff untuk tempoh sekurang-kurangnya satu tahun.
Sumber (Kopi Pasta): Sinar Harian

Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment