Crystal Warren |
Crystal Warren, 42, seorang pengurus pemasaran dari Brighton mempunyai satu tabiat yang pelik sejak kehilangan dara ketika dia berusia 15 tahun. Akibat tekanan kerana ibu bapanya bercerai sejak dia berusia 5 tahun, Warren mengambil jalan mudah untuk mula bergaul dengan lelaki ketika berumur 15 tahun. Sejak itu, dia percaya bahawa dia sudah mula ketagihan seks.
Dia telah meniduri 40 orang lelaki apabila mencapai usia 17 tahun. Kini apabila dia sudah berusia 42 tahun, dia telah pun meniduri lebih daripada 1,000 orang lelaki. Dia tidak kenal erti malu malah dia tidak kisah jika masyarakat sekeliling melabelnya sebagai perempuan murahan.
"Saya tidak kisah apa kata orang. Yang penting, saya berasa seronok dan puas ketika melakukan hubungan seks." Setiap minggu, dia akan ke kelab malam dan bar untuk bertemu lelaki baru untuk dijadikan teman tidur. "Saya dahagakan kepuasan seks. Saya tidak faham mengapa orang lain tidak boleh menikmati seks dan berlalu pergi dengan kepuasan itu," tambahnya lagi.
"Saya tahu saya ketagih seks. Tetapi saya tidak akan merawat ketagihan ini kerana bagi saya seks adalah satu-satunya jalan untuk saya merasai kepuasan dan nikmat hidup. Saya tahu ramai yang mencemuh saya, namun saya tetap bangga dengan diri saya."
Sumber dan Berita Penuh: Mirror
BBB: MashaALLAH. Jauhkanlah perbuatan seperti ini di negara kita. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadikanlah sempadan.
Warren pada usia 42 tahun. |
Ketika Warren masih muda dan aktif dengan aktivitinya. |
Warren bersama salah seorang pasangan tidurnya. |
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by Blogger Widgets Enhanced by Widgets
0 comments:
Post a Comment