Pages

Tuesday, December 20, 2011

Zarina Seksi Habis di Indonesia (My News Hub)



Siapa tak kenal pelakon bernama Zarina Anjoulie Lavocah


Err…tapi yang tak syoknya Zarina ini bukan terkenal sangat dengan kehebatan lakonannya, tetapi kisah-kisah negatifnya



Penulis tak mahu ulas lebih-lebih pasal itu kerana benda yang tak elok tu tak baik untuk dikenang-kenang


Lagipun penulis masih ingat artikel yang penulis baca mengenai luahan hati pelakon berusia 24 tahun itu baru-baru ini


Dalam artikel berkenaan, nampak macam Zarina bersungguh-sungguh mahu membersihkan imej negatif yang sering dilemparkan padanya.


‘‘Bohonglah kalau saya tak terasa apabila orang bercakap perkara buruk tentang saya.


Bila saya dikaitkan dengan ikon negatif.


Buat saya cukup tertekan membawa nama Zarina Anjoulie Lavocah ke sana dan ke mari.


‘‘Bahkan, keadaan semakin buruk apabila saya berterusan dilabel sebegitu.


Jadi sepanjang tempoh enam tahun saya berada dalam industri ini terus memendam rasa,’’ bicara awal Zarina memutik rasa kesalnya.


Tetapi apa yang berlaku ini menimbulkan persoalan, adakah benar Zarina ingin memulihkan imej negatif tersebut.


Dalam majalah FHM Indonesia edisi Oktober, Zarina telah berposing sakan, sampai terkeluar sana, terkeluar sini.


Lepas ni kalau peminat sudah tidak percayakannya lagi, apa boleh buat kerana nampaknya dia sendiri yang mencipta ‘ketidakpercayaan’ itu.


Zarina oh Zarina….- Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)


Sumber (Kopi Pasta): My News Hub

No comments:

Post a Comment